Liga M: Razif Janji Bantu Pasukan Terengganu, T-Team - Sukan | mStar

Liga M: Razif Janji Bantu Pasukan Terengganu, T-Team

Terengganu memperkenalkan pemain dengan jersi baru untuk menghadapi Liga Super 2015 sewaktu majlis memperkenalkan pemain dan pelancaran jersi pasukan Terengganu FA dan T-Team tahun 2015 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Sabtu.

KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri Terengganu berjanji akan membantu jika terdapat sebarang masalah yang dihadapi pasukan bola sepak Terengganu dan T-Team semasa kempen Liga Malaysia musim ini.

Menteri Besar Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata ia bagi memastikan tumpuan kedua-dua pasukan terhadap kempen tersebut tidak terjejas dan tergugat.

"Ini komitmen yang saya janjikan kepada kedua-dua pasukan," katanya kepada pemberita selepas majlis memperkenalkan pemain dan pelancaran jersi baharu pemain Liga Malaysia pasukan Terengganu dan T-Team musim ini .

Majlis yang berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini dirasmikan oleh Ahmad Razif yang menyepak bola ke gawang sebagai gimik pelancaran diikuti dengan perlawanan persahabatan antara kedua-dua pasukan itu.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan dan Sumber Manusia neger iDatuk Rozi Mamat dan Setiausaha Kerajaan Datuk Osman Muda.

Menurut Ahmad Razif, beliau sendiri akan memantau prestasi kedua-dua pasukan tersebut dengan mendapatkan laporan daripada pengurus kedua-dua pasukan selepas perlawanan tamat.

Beliau berkata untuk mencapai satu-satu kejayaan, kedua-dua pasukan berkenaan perlu membuat perubahan dan kerajaan negeri sentiasa berada di belakang menyokong dalam hal ini.

"Kita mahu kedua-dua pasukan saling bantu-membantu serta berganding bahu dalam mengharumkan nama Terengganu di persada bola sepak tanah air," katanya.

Beliau turut berharap setidak-tidaknya Terengganu membawa pulang satu piala musim ini.

Dalam pada itu, Ahmad Razif mengesyorkan supaya pasukan Terengganu danT-Team melantik pakar psikologi untuk memberi motivasi kepada kedua-dua pasukan tersebut.

Katanya pakar berkenaan boleh membantu memberikan input bagi meningkatkan semangat pemain sebelum sesuatu perlawanan.

Artikel Sebelum

Yakeb Bantu 40 Bekas Atlet Terjejas Banjir

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain