suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Keunikan Budaya Sumatera Selatan Meriahkan Pembukaan Rasmi AUG

PALEMBANG: Keunikan budaya Sumatera Selatan memeriahkan pembukaan rasmi Sukan Universiti Asean (AUG) ke-17, Palembang di Stadium Gelora Sriwijaya Jakabaring, Indonesia di sini Rabu malam.

Timbalan Presiden Indonesia Muhammad Jusuf Kalla merasmikan kejohanan selama 12 hari itu.

Antara tetamu kehormat yang hadir ialah Gabenor Sumatera Selatan Alex Noerdin, Presiden Majlis Sukan Universiti Asean Prof Dr Anuar Hassan dan para wakil dari negara yang bertanding. 

Kira-kira 20,000 penonton dipersembahkan dengan pelbagai tarian oleh 600 penari penuntut universiti di seluruh Palembang, bertemakan 'Body and Soul for One Heart One Asean.

Antara tarikan lain ialah kemunculan penyanyi terkenal iaitu kumpulan Gigi, Dewi Gita dan Andi Rif bersama-sama menyanyikan lagu rasmi Sukan AUG ke-17 bertajuk 'One Heart One Asean'.

Pada acara perarakan kontinjen, Malaysia diketuai Ketua Kontinjen Datuk Dr Abdullah Muhamad Said dengan atlet karate negara Lim Chee Wei sebagai pembawa Jalur Gemilang.

Indonesia pernah menganjurkan kejohanan ini sebanyak tiga kali iaitu pada 1982 di Jakarta, 1990 di Bandung, dan 2004 di Surabaya.

Indonesia mencatat kejuaraan keseluruhan paling banyak iaitu sepuluh kali pada 1981, 1982, 1984, 1986, 1990, 1993, 1994, 1996, 2002 dan 2004.

Malaysia menghantar 322 atlet dan 77 pegawai untuk para atletnya bertanding dalam kesemua 20 acara dipertandingkan.-BERNAMA

AUG, pembukaan rasmi

Artikel Sebelum

Keputusan Liga Juara-Juara Eropah

Artikel Berikut

Artikel Lain