suria

Pemandu F1 Williams, Maldonado Dakwa Pasukannya Lakukan Sabotaj

Pastor Maldonado
Pastor Maldonado
Pastor Maldonado

PEMANDU Formula 1 dari pasukan Williams, Pastor Maldonado telah mencetuskan ketegangan baru apabila mendakwa yang keretanya telah disabotaj oleh pasukannya sendiri ketika ujian kelayakan masa, Grand Prix Amerika Syarikat minggu lalu.

Maldonado yang berasal dari Venezuela dibayar £29 juta semusim untuk memandu untuk pasukan Williams berada sembilan petak di belakang rakan sepasukannya Valtteri Bottas.

Maldonado mendakwa yang tekanan serta suhu tayarnya telah diubah oleh mekanik pasukannya sendiri dengan tujuan untuk memperlahankan keretanya.

Pemandu itu telahpun ditamatkan kontraknya dan tidak akan memandu untuk Williams lagi pada musim depan.

Dakwaan yang dibuat oleh Maldonado itu dengan segera dinafikan oleh Claire Williams, iaitu anak perempuan pengasas dan pemilik pasukan Williams, Sir Frank Williams.

"Dakwaan itu sangat serius dan kami akan menjalankan siasatan terperinci dengan para mekanik kami tapi belum pernah dalam sejarah pasukan ini kami mensabotaj pemandu kami sendiri," ujar Claire.

Maldonado diambil menjadi pemandu Williams selepas firma minyak nasional Venezuela bersetuju untuk membiayai gajinya dan kos-kos lain yang berjumlah £29 juta.

Artikel Lain