suria

Tenis: Nadal Kekal Pemain No.1 Dunia Hingga Akhir Tahun

Nadal bakal tamatkan tahun 2013 dengan sebagai pemain no.1.
Nadal bakal tamatkan tahun 2013 dengan sebagai pemain no.1.
Nadal bakal tamatkan tahun 2013 dengan sebagai pemain no.1.

JAGUH tenis Sepanyol bakal menamatkan tahun 2013 sebagai pemain no.1 dunia selepas menewaskan Stanislas Wawrinka pada aksi suku akhir Jelajah Tenis ATP Dunia Akhir di London awal pagi Khamis.

Nadal mencatat kemenangan kedua dalam kumpulan A kejohanan ini selepas turut mengalahkan David Ferrer pada aksi pertama (Rabu).

Nadal mengetepikan Wawrinka 7-6(5) 7-6(6) dalam aksi sengit sekaligus mara ke separuh akhir kejohanan yang tidak pernah dimenanginya ini.

Bagaimanapun Wawrinka dari Switzerland ini masih berpeluang untuk mara ke kelompok keempat terakhir sekiranya mampu menewaskan Ferrer pada aksi Jumaat ini.

Dalam aksi yang sama kumpulan ini, Tomas Berdych menumpaskan Ferrer 6-4 6-4 yang menyaksikan pemain Sepanyol itu berdepan dengan laluan sukar untuk terus mara ke aksi separuh akhir.

Artikel Lain