suria

MotoGP Jepun: Zulfahmi Mula Di Petak Ke-13

MOTEGI: Pelumba negara Zulfahmi Khairuddin akan memulakan saingan Moto3 di petak ke-13 pada perlumbaan AirAsia MotoGP Grand Prix Jepun di Litar Motegi di sini, Ahad.

Pelumba berusia 22 tahun daripada pasukan Red-Bull-KTM-Ajo itu meraih kedudukan tersebut selepas mencatatkan pusingan terpantas 2:11.793s pada sesi kelayakan.

Dua lagi pelumba pasukan, Luis Salom dari Sepanyol, mencatatkan masa terpantas 2:10.656s untuk petak keempat manakala pelumba Australia, Arthur Sissis akan memulakan perlumbaan di petak ke-19 dengan catatan masa 2:12.335s.

Pelumba KTM Alex Rins akan memulakan saingan di petak pertama selepas mencatatkan masa 2:09.387s pada sesi kelayakan.

Zulfahmi berkata beliau berharap untuk mencapai keputusan baik dengan mengutip mata di sebalik keadaan cuaca yang tidak menentu.

"Harap cuaca kering pada hari perlumbaan esok," kata pelumba itu selepas sesi kelayakan, Sabtu.

"Tahun lepas saya meraih tempat kelima di litar ini..pencapaian itu akan saya jadikan sebagai motivasi untuk mencapai keputusan baik esok," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain