suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bajet 2014: RM239 Juta Untuk Pembangunan Sukan

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM239 juta dalam Bajet 2014 bagi meneruskan kecemerlangan sukan yang merangkumi menaik taraf kompleks dan gelanggang sukan di negara ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib berkata selain itu, peruntukan ini merangkumi pengwujudan program perintis pengenalpastian bakat di peringkat sekolah rendah dan melaksanakan program 'Future Professional Coach' untuk menggilap kemahiran jurulatih berpotensi bagi sukan-sukan terpilih.

"Di samping itu, kerajaan akan menyediakan RM150 juta kepada Kumpulan Wang Amanah Sukan bagi pembangunan sukan elit, rawatan perubatan dan penyelidikan. "Seterusnya, kerajaan akan membuat persiapan rapi bagi memastikan kejayaan atlet dalam sukan antarabangsa termasuk Sukan Asia 2014 di Incheon, Sukan Olimpik Remaja 2014 Nanjing dan Sukan Komanwel 2014 Glasgow," kata Najib yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Bajet 2014 di Parlimen. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain