KBS Akan Syor SOP Untuk Pelumba Basikal - Khairy - Sukan | mStar

KBS Akan Syor SOP Untuk Pelumba Basikal - Khairy

KUALA TERENGGANU: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan mengesyorkan satu Prosedur Operasi Standard (SOP) untuk pelumba basikal negara selepas mendapat laporan penuh berhubung kemalangan maut melibatkan seorang pelumba remaja Terengganu, Rabu lepas.

Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya masih menunggu laporan penuh daripada pihak persatuan sama ada berlaku kecuaian atau sebaliknya dalam insiden terbabit.

"Saya tidak mahu mendahului siasatan...biar kita tunggu hasil siasatan sebelum membuat apa-apa rumusan," katanya ketika menziarahi keluarga pelumba pelapis kebangsaan Mohd Asmu'i Ali @ Awang, 20, di sini Sabtu.

Menurutnya, selepas mendapat hasil siasatan pihaknya akan mengesyorkan satu SOP yang lebih selamat untuk atlet berbasikal.

Kemalangan tersebut berlaku semasa mangsa hendak mengambil air daripada van pengiring sebelum dikatakan terjatuh dan dilanggar oleh van berkenaan di KM71, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan ATP Beijing

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

MMA cabar ego Zul Ariffin

Hujung minggu yang panjang pada 2019