suria

Formula 1: Hamilton Catat Masa Terpantas Sesi Latihan Pertama

Raikkonen mengalami kemalangan pada sesi latihan bebas pertama GP Formula 1 Korea.
Raikkonen mengalami kemalangan pada sesi latihan bebas pertama GP Formula 1 Korea.
Raikkonen mengalami kemalangan pada sesi latihan bebas pertama GP Formula 1 Korea.

PELUMBA Mercedes, Lewis Hamilton mempamerkan aksi positif pada sesi latihan bebas pertama Grand Prix Formula 1 Korea pada Jumaat.

Hamilton menamatkan pusingan latihan dengan mencatat 1m39.630s mengatasi juara bertahan, Sebatian Vettel, 0.037s

Rakan Vettel, Mark Webber berada di kedudukan ketiga.

Seorang lagi pelumba Mercedes, Nico Rosberg berada di tempat keempat, mendahului pelumba McLaren, Jenson Button, diikuti pelumba Ferrari Fernando Alonso.

Sementara itu, Romain Grosjean di tempat ketujuh di depan Kimi Raikkonen yang mengalami kemalangan ketika di hujung sesi latihan.

Raikonnen hilang kawalan sekaligus menyebabkan jentera Lotusnya mengalami kerosakan teruk.

Bagaimanapun pelumba Finland ini berjaya keluar daripada kawasan kemalangan, namun tugasan sukar buat pasukan itu menyiapkan jentera sebelum menjelang latihan kedua.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Badminton:BAM-BKA Jalin Kerjasama

Artikel Lain