suria

Hoki: Revington Bawa 19 Pemain Ke Perth

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih hoki negara Paul Revington menamakan skuad 19-pemain untuk mengikuti pertandingan dan perlawanan persahabatan selama 10 hari di Perth, Australia, bermula 14 Oktober ini.

Kunjungan ke Perth itu adalah sebahagian daripada persediaan skuad negara menghadapi edisi ketiga Kejohanan Trofi Juara-Juara Asia 2013 di Kakamigahara, Jepun, bermula 1 hingga 10 Nov ini.

Menurut kenyataan Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), semasa di Australia, skuad negara akan menyertai pertandingan antarabangsa sembilan sebelah Siri Super Perth dari 17 hingga 20 Okt.

Dalam pertandingan tersebut, Malaysia akan menentang Pakistan pada 17 Okt diikuti Australia pada hari berikutnya dan Argentina pada 19 Okt ini.

Skuad negara itu dijadual mengadakan tiga perlawanan persahabatan menentang Argentina pada 15 Okt dan dua perlawanan dengan skuad Australia 'A' pada 22 dan 23 Okt.

Untuk rekod, Malaysia menduduki tempat ketiga sebanyak dua kali pada edisi pertama dan kedua Kejohanan Trofi Juara-Juara Asia di Ordos, China, pada 2011 dan di Doha, Qatar, tahun lepas.

Senarai Pemain ke Perth, Australia

Penjaga Gol: Roslan Jamaluddin, Khairulnizam Ibrahim.

Azlan Misron, Baljit Singh Charun Singh, Muhammad Razie Abdul Rahim, Muhammad Amin Rahim, Mohammad Sukri Abdul Mutalib, Mohd Shahrun Nabil Abdullah, Ahmad Kazamirul Nasruddin, Amir Farid Ahmad Fuzi, Azreen Rizal Nasir, Harvinder Singh, Izwan Firdaus Ahmad Tajuddin, Muhamad Azammi Adabi, Muhamad Ramadan Rosli, Norhizzat Sumantri, Muhammad Marhan Mohd Jalil, Tengku Ahmad Tajudin Abdul Jalil, Nabli Fiqri Mohd Noor.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Badminton:BAM-BKA Jalin Kerjasama

Artikel Lain