suria

Badminton: Wei Feng Mara Ke Separuh Akhir, Darren Tersungkur

KUALA LUMPUR: Dua nasib berbeza menimpa dua pemain pilihan utama pada Kejohanan Badminton Sirkit Kebangsaan Terbuka Kuala Lumpur apabila Chong Wei Feng mara ke separuh akhir manakala Liew Darren kandas.

Pada saingan suku akhir, Jumaat, Wei Feng, 26, selaku pilihan utama, bangkit daripada kekalahan set pertama untuk menyingkirkan Loh Wei Sheng 19-21, 21-14 dan 21-11 dalam masa 46 minit.

Bagaimanapun, Darren 26, pemain ranking ke-16 dunia, kalah mengejut kepada pemain berusia 19 tahun, Tan Kian Meng, 19-21, 21-13, 20-22 dalam pertarungan selama 62 minit.

Dalam dua lagi perlawanan suku akhir, pemain pilihan ketiga Misbun Ramdan Mohamed Misbun mengalahkan Iskandar Zulkarnain Zainuddin 21-14 dan 22-20 dalam masa 42 minit.

Chong Yee Han pula mengenepikan Chong Li Qun 20-22, 21-6, 21-13 dalam satu lagi perlawanan suku akhir.

Dalam peringkat separuh akhir pada Sabtu, Wei Feng akan berdepan dengan Misbun Ramdan manakala Kian Meng akan menentang Yee Han. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Badminton:BAM-BKA Jalin Kerjasama

Artikel Lain