Shahidan Kassim Perjelas Kenyataannya Mengenai Bekas Setiausaha Agung FAM

KUALA LUMPUR: "Saya tak cakap dia (bekas Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Azzuddin Ahmad) salah guna kuasa. Saya cakap dia tidak adil," demikian jelas bekas Presiden Persatuan Bolasepak Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata demikian bagi mengulas kenyataan Azzuddin dalam laporan akhbar pada Selasa yang menepis dakwaan Shahidan bahawa bekas setiausaha agung itu telah menyalah guna kuasa ketika memegang jawatan Setiausaha Agung FAM.

Shahidan menjelaskan, Azzuddin tidak menggunakan kuasa yang diberikan kepadanya sebagai setiausaha agung FAM dengan lebih adil terutama dalam menjatuhkan hukuman.

"Beliau (Azzuddin) sepatutnya menjatuhkan hukuman dengan adil tanpa perlu mengira pangkat kami. Salah saya kecil, hanya komen mengenai pembayaran gaji pemain tetapi dapat hukuman paling tinggi berbanding orang lain.

"Orang lain (bekas Timbalan Presiden FAM Tan Sri Annuar Musa dan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim) pun buat silap macam saya," katanya ketika dihubungi Bernama.

Shahidan turut mempersoalkan kenapa mereka yang membuat salah yang sama "tidak didenda sampai RM39,000 dan digantung daripada terlibat dengan aktiviti bola sepak sebegitu lama macam saya." Beliau turut mempersoal tindakan FAM untuk meminda Artikel 88 jika benar artikel berkenaan merupakan undang-undang yang adil.

Mengenai keengganan FAM membayar balik wang denda RM39,000 yang dijelaskan beliau sebelum ini, Shahidan berkata badan induk itu sepatutnya memulangkan duit tersebut dan menghapuskan hukuman yang dikenakan terhadapnya.

Beliau berkata, tindakan undang-undang juga sepatutnya dikenakan kepada Azzuddin dan Pengerusi Jawatankuasa Disiplin FAM Datuk Taufek Abdul Razak kerana menjatuhkan hukuman yang tidak adil terhadapnya.

Beliau mendakwa, individu yang dilantik bukan menerusi undian seperti Azzuddin sepatutnya tidak diberikan tanggungjawab besar termasuk menjatuhkan hukuman kerana mereka cenderung untuk berlaku tidak adil.

"Mereka yang tidak diundi juga tidak sepatutnya memegang sebarang jawatan dalam mana-mana persatuan bola sepak," katanya.

Shahidan digantung selama 30 bulan daripada terlibat dalam sebarang aktiviti bola sepak dan dikenakan denda keseluruhan RM39,000 selain FAM menetapkan bahawa beliau tidak boleh mengemukakan sebarang rayuan berhubung hukuman itu.

Selain Shahidan, individu lain yang dikenakan hukuman kerana melanggar Artikel 88 di bawah Statut FAM 2010-2014 ialah Annuar dan Tunku Ismail yang masing-masing sedang menjalani hukuman penggantungan kerana mengkritik FAM.- BERNAMA

Artikel Sebelum

Tujuh Atlet Terima Insentif Dari KPT

Artikel Berikut

Klik

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Artikel Lain