suria

Hernandez Mahu Kekal Di Manchester United

Hernandez mahu terus bersaing di United.
Hernandez mahu terus bersaing di United.
Hernandez mahu terus bersaing di United.

WAKIL Javier Hernandez mengesahkan penyerang Manchester United menolak tawaran beraksi dengan Valencia.

Sebelum ini Valencia turut mengikat pemain Real Zaragoza, Helder Postiga, dan ejen Eduardo Hernandez berkata: "Valencia sangat berminat degan Javier.

"Saya boleh berbincang dengan pengarah kelab tetapi Javier memutuskan sendiri untuk berada di Manchester.

"Manchester United adalah cabaran baginya. Ia bukan disebabkan duit. Dia mahu bermain dan mendapat peluang di United.

"Dia sedar tentang persaingan yang ada di sini dan perlu berjuang setiap hari untuk mendapatkan tempatnya, bermula di bilik persalinan sehinggalah ke padang.

"Tetapi dia tidak takut. Javier ada memberitahu kepada saya bahawa dia menjadikan situasi ini sebagai motivasi.

Pemain antarabangsa Mexico itu berjaya menjaringkan tiga gol pada aksi Piala Konfederasi sebelum ini, namun itu tidak menjadikan dia sebahgaian daripada skuad United ketika aski Liga Perdana Inggeris bertemu Swansea City Sabtu lalu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain