suria

Pelari Terpantas 2013 Tyson Gay Didapati Positif Dadah

Tyson Gay disahkan positif dadah.
Tyson Gay disahkan positif dadah.
Tyson Gay disahkan positif dadah.

PELARI pecut Amerika, Tyson Gay telah didapati positif dadah oleh Agensi Anti-Doping Amerika dan mengumumkan penarikan diri daripada Kejohanan Dunia yang akan disertainya bulan depan.

Gay, pelari terpantas dunia tahun ini dan kedua terpantas di dunia selepas Usain Bolt dalam acara 100 meter mengesahkan berita mengejutkan itu diterimanya Jumaat lepas melalui satu ujian rambang yang dijalankan Mei lalu.

"Saya tidak mahu mereka-reka cerita kononnya ini adalah satu sabotaj tetapi saya telah meletakkan sepenuh kepercayaan ke atas seseorang dan kini saya rasa telah dikecewakan," ujar Gay, 30, dalam satu kenyataan pada Ahad.

"Ternyata saya telah melakukan satu kesilapan dan oleh yang demikian saya dengan ini mengumumkan penarikan diri daripada Kejohanan Liga Berlian Monaco dan juga Kejohanan Dunia," katanya lagi.

Masa yang dicatatkan oleh Gay sepanjang tahun ini pada usia 30 tahun memeranjatkan semua peminat acara pecut dunia dan mengambarkan yang dia bakal memberikan saingan sengit kepada Bolt pada Kejohanan Dunia bulan depan tetapi kini acara yang dinanti-nanti oleh seluruh dunia itu hancur musnah.

Juara dunia 2007 itu telah mencatatkan tiga masa terpantas tahun ini dan hanya Usain Bolt satu-satunya pelari pecut yang lebih pantas daripadanya.

Gay juga telah menjuarai acara 100m di Kejohanan Jemputan Jamaica Mei lalu dengan catatan 9.86 saat dan selepas itu mencatatkan masa terpantas tahun ini dengan masa 9.75 saat pada acara ujian masa Amerika untuk ke kejuaraan dunia nanti.

Pada 4Julai, Gay mencatatkan satu lagi masa yang memberansangkan 9.79 saat untuk memenangi Liga Berlian Lausanne.

Pada Sukan Olimpik London tahun lalu, Gay sekadar mampu menduduki tempat keempat walaupun melakukan larian di bawah 9 saat.

BERIKUT ADALAH LARIAN TERPANTAS 2013:

> Tyson Gay (US) - 9.75

> Tyson Gay (US) - 9.79

> Tyson Gay (US) - 9.86

> Justin Gatlin (US) - 9.89

Artikel Lain