Aksi Lawan Chonburi FC Penting Sebelum Bertemu Chelsea : Rajagobal - Sukan | mStar

Aksi Lawan Chonburi FC Penting Sebelum Bertemu Chelsea : Rajagobal

PETALING JAYA: Pengendali Harimau Malaya, Datuk K.Rajagobal menyifatkan aksi persahabatan menentang kelab dari Thailand, Chonburi FC di Stadium Nasional Bukit Jalil, Selasa depan (16 Julai) penting sebagai persiapan berdepan Chelsea FC pada 21 Julai ini.

Beliau berkata dengan dibarisi beberapa pemain kebangsaan Thailand, pertemuan menentang Chonburi FC dapat meningkatkan keyakinan pemain negara sebelum berdepan kelab gergasi Liga Perdana Inggeris itu di Stadium Shah Alam.

"Perlawanan menentang Chonburi FC, satu perlawanan pemanas badan yang baik kepada pasukan kita kerana mereka (Chonburi FC) sebuah pasukan yang kuat dengan dibarisi beberapa pemain kebangsaan Thailand," katanya.

Rajagobal percaya anak buahnya tidak berdepan masalah untuk menjalani latihan dan beraksi menentang Chonburi FC dan Chelsea FC walaupun kedua-dua perlawanan itu berlangsung pada bulan Ramadan.

"Mereka semua pemain profesional dan ia bukan masalah kerana mereka sudah biasa dengan keadaan itu," kata ketua jurulatih pasukan kebangsaan berkenaan.

Rajagobal berkata kesemua pemain akan menjalani latihan seperti biasa kecuali Safiq Rahim dan Mohd Safee Mohd Sali yang terpaksa berlatih secara berasingan kerana masih mengalami kecederaan.

Beliau bagaimanapun berkata kecederaan yang dialami Safiq di bahagian kaki serta Mohd Safee pada bahagian pangkal paha kiri, tidak serius dan mereka boleh melakukan latihan ringan.

Pada sesi latihan pertama semalam, 27 pemain melapor diri kecuali Mohd Badhri Radzi (Kelantan) dan Azzamuddin Akil (Pahang) yang mengalami kecederaan manakala seorang lagi pemain Kelantan, Mohd Nor Farhan Muhammad (Kelantan) mendapat pelepasan kerana menyambut kelahiran anak pertama.

Rajagobal berkata Mohd Badhri dan Mohd Nor Farhan akan melapor diri hari ini manakala Azzamuddin tidak dapat beraksi bersama skuad kebangsaan kerana masih dibelenggu kecederaan pada bahagian tangan dan mengambil masa yang lama untuk pulih sepenuhnya.

Mengenai latihan di Jepun yang dijadual bermula 23 Julai, Rajagobal berkata latihan di negara Matahari Terbit itu adalah pendedahan terbaik kepada skuad bimbingannya kerana mereka bukan sekadar berlatih di sana, tetapi diuji dengan beberapa perlawanan menentang pasukan yang beraksi dalam Liga Jepun (J-League).

"Beberapa perlawanan persahabatan di Jepun dapat memberi pendedahan terbaik kepada pemain sebelum berdepan (kelab gergasi bola sepak Sepanyol), Barcelona FC pada 10 Ogos (di Stadium Nasional Bukit Jalil)," katanya.

Skuad Harimau Malaya dijadual menentang dua kelab divisyen satu Liga Jepun iaitu Shimizu S. Pulse dan Shonan Bellmare, masing-masing pada 25 Julai dan 27 Julai serta kelab divisyen dua Liga Jepun, Tokyo Verda pada 31 Julai.

Rajagobal berkata pendedahan di Jepun itu juga penting bagi memberi impak positif kepada pasukannya sebelum bertemu Bahrain pada perlawanan ketiga kumpulan D, saingan Kelayakan Piala Asia 2015, pada 15 Okt.-BERNAMA

Malaysia , Chonburi FC , Withaya

Artikel Sebelum

Aaliyah Lonjak Ranking Ke-59 Dunia

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain