MoU KBS-SPRM Pantau Perbelanjaan Kementerian- Khairy - Sukan | mStar

MoU KBS-SPRM Pantau Perbelanjaan Kementerian- Khairy

PUTRAJAYA: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam masa terdekat, agar suruhanjaya itu memantau setiap perbelanjaan kewangan KBS.

Menterinya Khairy Jamaluddin berkata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low Seng Kuan akan mengetuai pasukan pemantauan itu yang bertujuan memastikan semua perbelanjaan KBS dibuat dengan telus.

"KBS perlu berhati-hati menguruskan kewangannya, sebagai contoh projek pembangunan seperti pembinaan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), pembekalan peralatan IKBN dan lain-lain, membabitkan kewangan yang besar nilainya, mencecah jutaan ringgit setahun maka MoU dengan SPRM ini dapat memastikan tiada ketirisan dan pembaziran wang," katanya.

Khairy berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2012 kepada 351 warga KBS dan agensi di bawahnya, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini Isnin.

Turut hadir Ketua Setiausaha kementerian Datuk Jamil Salleh.

Beliau berkata Jamil akan turut bertanggungjawab memastikan segala perbelanjaan KBS membabitkan pelbagai majlis makan dan acara sukan dikurangkan pada masa depan berbanding perbelanjaan tahun-tahun sebelum ini.

Ditanya mengenai kes rogol seorang pegawai sukan oleh sekumpulan atlet lelaki bola baling di perkampungan sukan Universiti Putra Malaysia (UPM) Rabu lepas, Khairy berkata bukan sahaja atlet terbabit akan dikenakan hukuman gantung malah lebih 14 orang yang terlibat akan dikenakan hukuman sama.

"Saya difahamkan ia melibatkan lebih 14 orang membabitkan jurulatih, pegawai dan atlet yang melakukan kesalahan kerana minum minuman keras dalam perkampungan sukan di UPM sebelum kejadian rogol itu berlaku dan mereka ini harus dikenakan hukuman gantung," katanya.

Beliau kecewa atas kejadian itu dan mahu Majlis Sukan Negara, Majlis Sukan Wilayah Persekutuan dan Persekutuan Bola Baling Malaysia bersama-sama menjalankan siasatan dan melasanakan tindakan menggantung mereka yang terlibat serta memutuskan sama ada mereka boleh menyertai acara sukan pada masa depan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

Artikel Lain