suria

Clichy Sambung Kontrak Empat Tahun Bersama City

PEMAIN sayap kiri Manchester City, Gael Clichy (gambar) menandatangani kontrak baharu selama empat tahun bersama kelab tersebut.

Clichy yang berpindah dari Arsenal pada Julai 2011 akan bersama City sehingga tahun 2017.

"Saya sangat gembira kerana dapat meneruskan karier di sini dan saya bersedia untuk musim depan.

"Walaupun situasi tidak memihak kepada kami musim ini tetapi, saya yakin City akan bangkit lebih kuat musim depan berdasarkan pengalaman musim ini," katanya.

Manchester City, Gael Clichy, Arsenal

Artikel Lain