Rakan-Rakan Masukkan Paul Gascoigne Ke Pusat Pemulihan Alkohol Untuk Selamatkan Nyawanya - Sukan | mStar

Rakan-Rakan Masukkan Paul Gascoigne Ke Pusat Pemulihan Alkohol Untuk Selamatkan Nyawanya

Paul Gascoigne
Paul Gascoigne

BEKAS bintang bolasepak England, Paul Gascoigne telah dimasukkan ke Pusat Pemulihan Alkohol Meadows di Phoenix, Arizona, Amerika Syarikat dengan pertolongan rakan-rakan selebritinya kerana mereka khuatir nyawanya akan terancam kerana ketagihan arak.

Bintang yang berusia 45 tahun itu dan pernah mewakili Tottenham Hotspur, Lazio dan Newcastle United sepanjang kariernya yang gemilang telah 'dipaksa' oleh rakan-rakannya termasuk bekas rakan pasukannya dalam Tottenham dan England, Gary Lineker untuk mendaftarkan diri di pusat pemulihan popular itu.

Gary Lineker telah berganding bahu dengan DJ popular Britain Chris Evans, yang juga kawan baik Gascoigne, Piers Morgan dan bekas bintang kriket England, Ronnie Irani, berkongsi kos rawatan di pusat berkenaan yang dikatakan berjumlah £6,000 seminggu.

Mereka berkata ini adalah peluang terakhir Gascoigne untuk menyelamatkan dirinya daripada kehancuran malah kematian.

Menurut akhbar The Sun UK, mereka sanggup menanggung kos tiket penerbangan kelas pertama berjumlah £13,600 untuk Gascoigne asalkan dia mahu pergi mendapatkan rawatan di sana.

Evans pula berkata, pada jam 10 pagi Isnin, Gascoigne telah membuat keputusan untuk menerima tawaran rakan-rakannya menjalani rawatan di pusat pemulihan itu.

Seluruh Britain telah menyaksikan dalam kaca televisyen bagaimana Gascoigne muncul dalam satu program temuramah dalam keadaan terhonyong hayang, mengeletar, menangis dan bercakap tanpa seorang pun dapat memahami apa yang dituturkannya beberapa hari lalu.

Ia telah mengejutkan seluruh negara itu dan sehari selepas itu bekas penjaga gol Denmark dan Manchester United, Peter Schmeichel menyeru rakan-rakan bolasepak dan Persatuan Pemain-Pemain Profesional (PFA) tampil ke hadapan untuk menyelamatkan legenda bolasepak England itu.

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif PFA, Gordon Taylor menegaskan adalah tidak benar mereka tidak melakukan apa-apa untuk membantu Gascoigne mengatasi masalah ketagihan araknya.

Taylor berkata, beliau sendiri telah menelefon Gascoigne selepas berita mengejutkan mengenai keadaan terkininya didedahkan oleh media-media massa Britain.

Jauh sebelum pendedahan mengenai berita itu lagi, kata Taylor, PFA telah berusaha membantu Gascoigne dalam pelbagai cara termasuk menugaskan kakitangan untuk memeriksa keadaannya dari semasa ke semasa.

Tetapi katanya, mereka tidak boleh mengawasi Gascoigne sepanjang masa dan jika bekas pemain itu sendiri tidak bersungguh-sungguh mahu mengatasi masalah ketagihannya, hidupnya akan berakhir sepertimana seorang lagi bintang legenda bolasepak iaitu George Best.

Artikel Sebelum

Owen Terlepas Hukuman FA

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

default image

Keputusan Piala FA Inggeris

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain