suria

Laluan Peringkat Ketiga Simpang Pulai-Cameron Highlands Diubah Atas Faktor Keselamatan

KUALA LUMPUR: Laluan peringkat ketiga jelajah Le Tour de Langkawi (LTdL) 2013 dari Simpang Pulai-Cameron Highlands pada 23 Februari ini, diubah kepada laluan Sungai Siput-Cameron Highlands atas faktor keselamatan.

Ketua Pegawai Operasi LTdL, Emir Abdul Jalal berkata keputusan perubahan laluan pendakian itu dibuat ekoran laluan asal berpotensi mengalami tanah runtuh.

Menurutmya, perubahan laluan peringkat ketiga itu akan menyaksikan pertambahan jarak laluan sejauh 4.8km berbanding jarak asal 140.7km.

"Pihak pengurusan LTdL, sudah bersetuju jika ada sebarang bencana alam, kita perlu sediakan laluan alternatif," katanya pada sidang media selepas menerima tajaan daripada Figos Sdn Bhd di sini, Isnin.

Figos memberi penajaan pakaian dan jaket sukan kepada pihak penganjur dan barangan cenderahati kepada tetamu jemputan dan pegawai.

Sebanyak 22 pasukan termasuk lima pasukan profesional akan menyertai perlumbaan edisi ke-18 melibatkan 10 peringkat dari 21 Februari hingga 2 Mac ini. -BERNAMA

Artikel Lain