suria

Tenis: Ferrer Catat Gelaran Juara Auckland Empat Kali

Ferrer menjulang trofi Terbuka Auckland buat kali empat.
Ferrer menjulang trofi Terbuka Auckland buat kali empat.
Ferrer menjulang trofi Terbuka Auckland buat kali empat.

PEMAIN tenis nombor lima dunia, David Ferrer melengkapkan rekod kemenangan keempat Terbuka Auckland sebelum mengharungi Kejohanan Terbuka Australia Isnin ini.

Pemain berusia 30 tahun itu menewaskan juara Auckland 2008, Philipp Kohlschreiber 7-6 6-1 sekaligus menyamakan rekod pemain Australia, Roy Emerson yang turut mencatat empat kali gelaran juara.

Ferrer menjulang trofi Auckland pertama pada tahun 2007 serta turut bergelar juara dalam tiga kejohanan sebelum ini.

Pencapaian ini menjadikan Ferrer berada di belakang Emerson yang menjulang trofi buat tiga tahun berturut-turut.

Manakala Emerson memenangi trofi ini pada tahun 1960 dan 1965-67.

Selepas mencatat kenangan manis di Auckland ini, Ferrer kini berangkat ke Melbourne bagi menghadapi pertemuan pertama dengan pemain Belgium, Oliver Rochus.

Artikel Lain