suria

Media-Media Utama Britain Lapor Wilfried Zaha Akan Sertai Man Utd

LONDON: Media-media utama Britain pada Khamis melaporkan bahawa Manchester United kini berada di hadapan untuk mendapatkan pemain muda sensasi Crystal Palace WILFRIED ZAHA dengan tawaran paling tinggi iaitu sekitar £12 juta.

Pengurus United, Sir Alex Ferguson dengan segera meletakkan harga itu bagi membolehkan pihaknya menandingi Arsenal dan juga Spurs yang turut membida untuk pemain muda itu.

Pada masa yang sama Crystal Palace turut tertarik dengan tawaran United kerana bekas juara Liga Perdana Inggeris itu bersedia meminjamkan kembali Zaha kepada mereka jika pembelian itu menjadi kenyataan bagi membolehkan Palace terus bersaing untuk kembali ke Liga Perdana.

Zaha, 20, yang dilahirkan di Ivory Coast tetapi membesar di England mencipta nama setelah terpilih mewakili England dalam perlawanan persahabatan menentang Sweden November tahun lalu.

Ferguson memang diketahui mempunyai hubungan yang akrab dengan Pengurus Palace, Ian Holloway.

Artikel Sebelum

Artikel Lain