suria

Liga Europa: Liverpool, Spurs Mara Ke Pusingan Kalah Mati

Henderson (kiri) menjaringkan gol tunggal perlawanan ketika menentang Udinese, Jumaat.
Henderson (kiri) menjaringkan gol tunggal perlawanan ketika menentang Udinese, Jumaat.
Henderson (kiri) menjaringkan gol tunggal perlawanan ketika menentang Udinese, Jumaat.

JARINGAN tunggal Jordan Henderson memastikan Liverpool layak ke pusingan kalah mati Liga Europa apabila menewaskan Udinese 1-0 dalam saingan Kumpulan A, awal pagi Jumaat.

Dengan keputusan itu, skuad Brendan Rodger menjuarai kumpulan tersebut bersama Anzhi Makhachkala turut mengalahkan Young Boys 3-1.

Kemenangan di Itali itu membalas kekalahan Liverpool 3-2 kepada Udinese di Anfield, Oktober lalu.

Penjaga gawang Liverpool, Pepe Reina terpaksa bekerja keras menghalang percubaan agresif pihak lawan.

Namun gol Henderson pada minit ke-23 yang dibeli dengan harga AS$25.6 juta ketika Liverpool dibimbing Kenny Dalglish, 18 bulan lalu adalah jaringan pertamanya musim ini dan juga jaringan sulung dalam saingan ini.

Selain itu, Tottenham Hotspur turut mengekori Liverpool layak beraksi dalam 32 kumpulan selepas menumpaskan Panathinaikos 3-1 di laman sendiri bagi Kumpulan J.

Gol-gol Spurs dijaringkan oleh Adebayor (m-28), Karnezis (m-76-gol sendiri), Defoe (m-82) manakala gol tunggal Panathinaikos dijaringkan oleh Zeca minit ke-54.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain