suria

Liga Juara-Juara: Man City-Borussia Sekadar Seri

Ronaldo menggelecek bola sebelum menjaringkan gol ketiganya pada aksi menentang Ajax, Khamis.
Ronaldo menggelecek bola sebelum menjaringkan gol ketiganya pada aksi menentang Ajax, Khamis.
Ronaldo menggelecek bola sebelum menjaringkan gol ketiganya pada aksi menentang Ajax, Khamis.

MANCHESTER City bernasib baik selepas mengikat kedudukan seri 1-1 ketika menentang Borussia Dortmund pada aksi Liga Juara-Juara (CL) Kumpulan D awal pagi Khamis di Stadium Etihad.

Marco Reus mengejutkan tuan rumah dengan jaringan pertama pada babak kedua perlawanan.

Namun impian untuk menang ke atas anak buah Roberto Mancini itu musnah pada minit akhir perlawanan, selepas Mario Balotelli menjaringkan penalti pada minit ke-90 permainan.

Kedua-dua penjaga gol, Joe Hart dan Roman Weidenfeller mempamerkan aksi mantap untuk menyelamatkan gawang masing-masing.

Sementara itu, satu lagi kelab London, Arsenal turut meraih kemenangan ke atas Olympiakos,3-1 pada aksi Kumpulan B.

Gol-gol The Gunners dijaringkan oleh Gervinho (42'), Lukas Podolski (56') dan Aaron Ramsey (93') manakala gol saguhati Olympiakos dilakukan oleh Mitroglou pada masa tambahan babak pertama.

Bagi aksi Kumpulan D, ayam tambatan Real Madrid, Christiano Ronaldo menyumbat tiga gol serta satu gol dari Benzema menewaskan kelab Ajax dengan 4-1.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain