Van der Vaart Penting Bagi Kami : Villas-Boas - Sukan | mStar

Van der Vaart Penting Bagi Kami : Villas-Boas

Spurs tidak akan jual Van der Vaart.
Spurs tidak akan jual Van der Vaart.

PENGURUS Tottenham Hotspur, Andre Villas-Boas berkata, pihaknya tidak berniat untuk menjual pemain tengah mereka, Rafael van der Vaart.

Van der Vaart berpindah dari Real Madrid dua tahun lalu dilihat jarang beraksi, malah pada perlawanan pembukaan liga musim ini, pemain belanda ini turut berada di bangku simpanan selepas Villas-Boas memilih Gylfi Sigurdsson dalam barisan utama skuad itu.

Sebelum ini, Van der Vaart dikaitkan akan kembali ke kelab lamanya, Hamburg, namun dinafikan oleh Villas-Boas.

"Tidak, ia sangat bertentangan. Dia adalah pemain penting bagi kami, dan seorang yang saya harapkan.

"Saya tidak pasti Hamburg berminat kepadanya, namun buat masa sekarang dia bukan untuk dijual. Apa sahaja boleh berlaku tetapi dia adalah penting bagi kami," jelas Villas-Boas.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Wenger Tidak Terdesak Tambah Pemain Baru

Artikel Berkaitan

Artikel Lain