Khairul Anuar Mara Ke Pusingan Ketiga - Sukan | mStar

Khairul Anuar Mara Ke Pusingan Ketiga

LONDON: Pemanah muda Khairul Anuar Mohamed menundukkan atlet senior negara Cheng Chu Sian sebelum menyingkirkan pemanah beranking lebih tinggi dari China, untuk menempah tempat ke pusingan ketiga acara perseorangan lelaki Recurve pada Olimpik London 2012 di sini, Selasa.

Pada acara yang berlangsung di Lord's Cricket Ground, Khairul Anuar mengutip 140 mata sementara Chu Sian 137, dalam pusingan pertama, sekali gus memberi mata kemenangan 6-4.

Beliau meneruskan prestasi cemerlang menewaskan Xing Yu dari China dengan 6-5 pada pusingan kedua.

Kedua-dua pemain terpaksa melakukan panahan penentuan setelah terikat 2-2 selepas lima set.

Sekalipun kedua-dua atlet melakukan panahan pada mata sembilan, Khairul Anuar diisytihar pemenang kerana panahannya lebih hampir kepada garisan 10 mata berbanding pemanah China itu.

Beliau akan bertemu Larry Godfrey dari Great Britain pada pusingan ketiga Jumaat ini.

Mengikut peraturan baru Persekutuan Memanah Antarabangsa (FITA), pemenang bukan sahaja ditentukan menerusi mata daripada panahan tetapi pemenang setiap lima set akan mendapat dua mata tambahan.

Mengulas pertemuannya dengan Chua Sian, Khairul Anuar berkata beliau menghormati pemain seniornya itu, namun untuk pertandingan bertaraf tinggi seperti Olimpik, hanya yang terbaik akan berjaya.

"Kami berdua berlatih bersama dan kami tahu prestasi masing-masing. Namun, saya fikir saya lebih tenang hari ini," katanya kepada pemberita selepas pertandingan.

Katanya selepas memenangi pusingan pertama, keyakinannnya bertambah.

"Walaupun pemanah China itu di ranking ke-13 dan saya ke ke-20, saya tahu saya akan dapat mengalahkannya," kata Khairul Anuar yang mahu lebih fokus apabila berdepan dengan atlet tuan rumah Jumaat ini.

Ketua kontinjen Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid yang turut hadir, berkata Khairul Anuar lebih berdaya saing dan kelihatan lebih tenang berbanding ketika acara berpasukan.

"Akan tetapi beliau mesti lebih fokus dan tidak membiarkan dirinya diganggu dengan sokongan penonton tempatan pada pertemuan dengan pemanah tuan rumah Jumaat ini," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

Artikel Lain