suria

Spurs Ikat Gareth Bale Untuk 4 Tahun Lagi

Bale merupakan salah seorang pemain penting dalam skuad Spurs.
Bale merupakan salah seorang pemain penting dalam skuad Spurs.
Bale merupakan salah seorang pemain penting dalam skuad Spurs.

LONDON: Kelab Liga Perdana Inggeris, Tottenham Hotspur akhirnya berjaya memujuk pemain mereka paling berharga, Gareth Bale untuk menandatangani lanjutan kontrak selama empat tahun lagi.

Menurut akhbar The Guardian, walaupun Spurs masih lagi mencari pengurus baru selepas memecat Harry Redknapp, tetapi itu tidak menjejaskan masa depan Bale sebagai pemain utama kelab berkenaan.

Spurs dikatakan masih lagi mengadakan rundingan dengan bekas Pengurus Chelsea, André Villas-Boas sebagai penganti Redknapp tetapi pada masa yang sama membuka opsyen untuk melihat sejauh manakah mereka dapat memujuk Pengurus Perancis, Laurent Blanc untuk menerima tawaran yang sama.

Pengurus pasukan kebangsaan Perancis itu dijangka mengadakan pertemuan dengan Presiden Persekutuan Bolasepak Perancis, Noël le Graët, untuk membincangkan tentang masa depannya.

Perancis tersingkir dari kejohanan Euro 2012 di peringkat suku akhir di tangan Jerman.

Pada masa yang sama Spurs juga turut mengumumkan bahawa mereka telah menjual Vedran Corluka kepada kelab Rusia, Lokomotiv Moscow pada harga £6 juta.

Seorang lagi pemain tengah Luka Modric dikatakan telah memohon secara rasmi untuk diletakkan di dalam senarai perpindahan dengan Manchester United dan Real Madrid sedang berbaris untuk berunding dengannya.

Sementara itu Bale dipetik sebagai berkata bahawa dia telah bermain selama lima tahun bersama Spurs dan tidak berhasrat untuk bertukar kelab pada masa ini.

Misi utamanya sekarang ialah untuk membawa semula Spurs ke kejohanan Liga Juara-Juara.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain