suria

Liga Perdana Inggeris: Ferguson Harap QPR Menang Ke Atas City

Ferguson (kiri) mengharapkan skuad Mancini (kanan) tewas kepada QPR Ahad ini.
Ferguson (kiri) mengharapkan skuad Mancini (kanan) tewas kepada QPR Ahad ini.
Ferguson (kiri) mengharapkan skuad Mancini (kanan) tewas kepada QPR Ahad ini.

MANCHESTER United semakin terdesak menjelang perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris Ahad ini dan tidak mempunyai pilihan selain mengharapkan bantuan daripada Queens Park Rangers (QPR) dalam misi mempertahankan trofi liga musim ini.

Walaupun berkongsi 86 mata dengan City, namun Man United yang kini berada di tangga kedua ketinggalan dengan perbezaan lapan gol yang dimiliki musuh terdekatnya itu.

Man United akan berkunjung ke Stadium of Light untuk berdepan Sunderland, manakala City pula akan menerima kunjungan QPR di Stadium Etihad.

Bagi memastikan trofi liga terus berada di Old Trafford, anak buah Alex Ferguson ini perlu menang ke atas Sunderland dan dalam masa yang sama turut berdoa agar QPR mampu menang ke atas City ataupun sekurang-kurangnya mencatatkan keputusan seri.

"Orang ramai pasti berasa City kini memiliki peluang cerah untuk muncul sebagai juara liga. Saya akui, ia akan menjadi sesuatu yang sukar buat kami.

"Namun, kamu perlu sentiasa berfikiran positif kerana peluang tetap ada untuk kami.

"Perlawanan QPR bertemu City amat penting bagi mengelak daripada tersingkir dalam saingan liga utama.

"Apa yang lebih penting sekarang, kami perlu mempamerkan semangat juang tinggi sekaligus meraih kemenangan," katanya.

Artikel Berikut

Artikel Lain