Indonesia Kukuhkan Pasukan Utama Piala Thomas, Uber - Sukan | mStar

Indonesia Kukuhkan Pasukan Utama Piala Thomas, Uber

JAKARTA: Indonesia hari ini mengukuhkan pasukan utama badminton untuk bertarung dalam pertandingan Piala Thomas dan Uber di Wuhan, China pada 20-27 Mei depan dengan barisan pemain handalannya.

Pengukuhan pasukan utama itu dilakukan pada sambutan hari Ulang Tahun ke-61 PBPBSI (Pengurus Besar Persatuan Badminton Seluruh Indonesia) di Cipayung, Jakarta Timur, pada Sabtu.

Barisan pemain untuk Piala Thomas terdiri daripada Simon Santoso, Taufik Hidayat, Tommy Sugiarto, Dionysius Hayom Rumbaka, Bona Septano-Mohammad Ahsan, Markis Kido-Hendra Setiawan, Alvent Yulianto-Ryan Agung Saputro.

Pemain yang dibariskan untuk Piala Uber pula ialah Adriyanti Firdasari, Maria Febe Kusumastuti, Linda Wenifanetri, Bellaetrix Manuputty, Greysia Polii-Meiliana Jauhari, Anneke Feinya Agustin-Nitya Krishinda, Suci Rizky Andini-Della Destiara.

Pada acara yang turut dihadiri Ketua Umum Jawatankuasa Olimpik Indonesia (KOI) Rita Subowo itu, para atlet berkenaan turut dilepaskan secara rasmi untuk ke Wuhan, China, pada 15 Mei dan pulang pada 28 Mei.

Pengurus Pasukan Piala Thomas dan Uber Muhammad Feriansyah telah menerima bendera Indonesia daripada Ketua Umum PB PBSI Djoko Santoso dalam acara pelepasan rasmi itu.

Djoko Santoso dalam ucapannya berharap para atlet dapat bermain sebaik-baiknya dan kembali ke tanah air dengan prestasi maksimum.

"Namun harapan itu jangan dijadikan beban melainkan tekad," katanya.

Djoko telah meminta para atlet itu supaya menjadikan harapan berkenaan sebagai amanah dan kehormatan dari seluruh rakyat Indonesia sehingga termotivasi untuk meraih kejayaan. -BERNAMA

Artikel Sebelum

India Berpesta Gol Belasah Sri Lanka

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

Artikel Lain