Tanpa Chong Wei, Pasukan Piala Thomas Akan Lemah - BAM - Sukan | mStar

Tanpa Chong Wei, Pasukan Piala Thomas Akan Lemah - BAM

KUALA LUMPUR: Khidmat pemain perseorangan nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei, yang kini mengalami kecederaan di bahu, amat diperlukan skuad Piala Thomas Malaysia meskipun beliau perlu cergas secukupnya sebagai sandaran pingat emas negara pada temasya Sukan Olimpik.

Setiausaha Kehormat Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Ng Chin Chai berkata tanpa Chong Wei, skuad Piala Thomas negara akan lemah kerana kejohanan yang akan berlangsung di Wuhan, China dari 20 hingga 27 Mei depan adalah penting buat negara.

"Chong Wei masih kena bertanding lagi, beliau akan membawa perbezaan yang besar kepada pasukan ini.

"Jika dia tidak pergi Piala Thomas, dia tetap kena berlatih, jadi sama ada dia main di sana atau berlatih di sini, khidmat dia tetap diperlukan dan dia kena guna bahu dia juga.

"Kecederaan pada bahunya adalah kecederaan kecil sahaja dan dia telah pulih sepenuhnya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat exco BAM di sini, Jumaat, yang dipengerusikan Presiden BAM Datuk Seri Mohd Nadzmi Mohd Salleh.

Selain Chong Wei, BAM turut mengumumkan senarai pemain perseorangan lain iaitu Liew Daren, Muhammad Hafiz Hashim dan Chong Wei Feng dan tiga beregu terdiri daripada Koo Kien Keat/Tan Boon Heong, Goh V Shem, Lim Khim Wah dan Hoon Thien How/Tan Wee Kiong bagi menggalas cabaran pada Piala Thomas nanti. Skuad Piala Thomas negara akan berlatih di Dongguan, China dari 13 hingga 18 Mei ini sebelum menyertai kejohanan akhir Piala Thomas nanti.

Ng berkata BAM tidak menyenaraikan pemain pelapis seperti Zulfadli Zulkifli dan seorang lagi perseorangan lelaki negara Mohamad Arif Abdul Latif kerana pemain-pemain yang telah diputuskan hari ini adalah pemain terbaik yang ada.

"Semalam dalam mesyuarat Jawatankuasa Latihan dan Kejurulatihan, kami mendengar taklimat jurulatih tentang prestasi mereka baru-baru ini dan kami membuat keputusan untuk menghantar pasukan terbaik yang ada dan Piala Thomas adalah kejohanan yang penting buat Malaysia," katanya.

Sementara itu BAM turut mengumumkan Persatuan Badminton Johor akan menganjurkan Yonex Sunrise Malaysia Open Grand Prix Gold 2012 di Johor Baharu dari 2 hingga 6 Mei ini.

Berikut adalah senarai skuad Piala Thomas 2012 di Wuhan, China:

SENARAI SKUAD PIALA THOMAS 2012

1. Datuk Lee Chong Wei

2. Muhammad Hafiz Hashim 3. Liew Daren 4. Chong Wei Feng 5. Tan Boon Heong/Koo Kien Keat 6. Goh V Shem/Lim Khim Wah 7. Hoon Tien How/Tan Wee Kiong - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.