MSN Anjur Kejohanan Bola Sepak Cari Pemain Pelapis - Sukan | mStar

MSN Anjur Kejohanan Bola Sepak Cari Pemain Pelapis

KUALA LUMPUR: Majlis Sukan Negara (MSN) akan menganjurkan kejohanan bola sepak "Champion Of Champions" buat kali kedua khusus bagi pemain berumur bawah 12 tahun.

Pengarah Cawangan Pelapis MSN, Jefri Ngadirin, berkata objektif utama penganjuran adalah bagi mencari pasukan "juara dalam kalangan juara" untuk diketengahkan ke peringkat kebangsaan.

"Penyertaan adalah terbuka kepada pasukan yang pernah menjadi juara mana-mana kejohanan peringkat daerah ataupun negeri," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. Beliau berkata hanya 16 pasukan terbaik akan dipilih untuk beraksi pada kejohanan secara karnival itu.

"Oleh kerana hadiah yang bakal diterima agak tinggi iaitu RM10,000 bai juara, pemilihan pasukan akan dibuat secara teliti oleh jawatankuasa pertandingan agar hanya pasukan terbaik dipilih untuk menyertai kejohanan itu," katanya

MSN belum menetapkan lokasi kejohanan yang dijadual berlangsung pada November ini. Pada tahun lepas Kejohanan Champion of Champions yang berlangsung di Muar, Johor, mendapat sambutan yang menggalakkan, kata Jefri. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain