suria

FAM Panggil Safee Sali Untuk Perlawanan Persahabatan

KUALA LUMPUR: 27 pemain termasuk penyerang kebangsaan yang bermain untuk kelab Pelita Jaya di Indonesia, Mohd Safee Mohd Sali, dipanggil untuk sesi pemilihan skuad kebangsaan yang akan mengadakan beberapa perlawanan persahabatan dalam tempoh terdekat.

Selain mengadakan latihan rutin di Wisma FAM di Kelana Jaya bermula Ahad ini, skuad bimbingan Datuk K.Rajagobal akan ke Kota Kinabalu, Sabah pada 23 Feb bagi meneruskan latihan dan mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan negeri tersebut.

Perlawanan menentang skuad Sabah akan diadakan di Stadium Likas, bermula 8.15 malam pada 24 Feb.

"Skuad tersebut akan ke Manila pada 27 Feb dan akan menguji pasukan Filipina pada perlawanan yang akan diadakan di Rizal Memorial and Track Stadium pada 7 malam, 29 Feb," kata Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam kenyataan hari ini.

Senarai pelatih skuad kebangsaan:

Amar Rohidan, Baddrol Bakhtiar (Kedah), K.Gurusamy, Norazlan Razali, Mohd Bunyamin Umar, Safiq Rahim, Mohd Asraruddin Putra Omar (Selangor), Mohd Farizal Marlias, S.Kunalan, G.Mahathevan, Ahmad Shakir Md Ali (Negeri Sembilan), Abdul Manaf Mamat, Mohamad Ashaari Samsudin, Mohd Faizal Muhamad, Muhamad Zubir Mohd Azmi, Mohamad Muslim Ahmad (Terengganu), Norshahrul Idlan Talaha, S.Subramaniam, Mohd Shakir Shaari, Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan), Shahrudin Yakup (Sabah), Wan Zack Haikal Wan Nor, Mahali Jasuli, Mohd Fadhli Mohd Shas (Harimau Muda A) Mohamad Zaquan Adha Abd Razak, Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak (ATM), Mohd Safee Mohd Sali (Pelita Jaya). - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

City Kembali Rampas Takhta Liga

Artikel Lain