suria

Khirul Nizam Ketuai Cabaran Kejohanan Perahu Layar Asia

LANGKAWI: Pelayar elit Khairul Nizam Mohd Afendy dipilih untuk mengetuai cabaran negara pada Kejohanan Perahu Layar Asia edisi ke-15 di Pusat Latihan Perahu Layar Kebangsaan di sini dari 16 hingga 25 Februari ini.

Pasukan negara menyenarai 44 pelayar ke kejohanan yang disertai lebih 300 pelayar dari 21 buah negara yang pertama kali diadakan di negara ini.

Kejohanan mempertandingkan 14 acara.

Antara negara yang mengesahkan penyertaan ialah Qatar, Korea Selatan, Singapura, Jepun, India, Taiwan, Pakistan, Kazakhstan, Myanmar, Thailand, China, Filipina, Indonesia dan Hong Kong.

Pengurus Besar Persatuan Pelayaran Malaysia (MYA), Mohd Afendy Abdullah berkata Khairul Nizam dijangka menghadpai tentang hebat dari juara dunia Kareeti Boulong dari Thailand dan Scoot Sydney dari Singapura, yang telah melayakkan diri ke Olimpik London dalam kelas Laser Standard.-BERNAMA

Artikel Lain