suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gerrard Teruja Suarez Kembali Beraksi

Suarez bakal menamatkan hukuman penggantungan lapan perlawanan tidak lama lagi.
Suarez bakal menamatkan hukuman penggantungan lapan perlawanan tidak lama lagi.
Suarez bakal menamatkan hukuman penggantungan lapan perlawanan tidak lama lagi.

KAPTEN Liverpool, Steven Gerrard percaya Luiz Suarez boleh membantu pasukan untuk mencapai sasaran kelab sebelum berakhirnya musim ini.

Pemain antarabangsa Uruguay itu dijangka akan kembali bersama skuad selepas menjalani penggantungan lapan perlawanan dan jumlah itu akan berakhir selepas aksi menentang Tottenham Hotspur Isnin ini.

Suarez digantung kerana mengeluarkan isu perkauman terhadap pemain Manchester United Patrice Evra pada pertemuan sebelum ini.

Ia dianggap satu tempoh yang sesuai untuk Suarez beraksi memandangkan pada bulan depan, The Reds bakal berdepan sekali lagi dengan Man United dan Arsenal, serta final Piala Liga bertemu Cardiff City dan pusingan kelima Piala FA menentang Brighton.

“Luis boleh membantu pasukan untuk mencapai sasaran kelab iaitu tamat pada kedudukan keempat teratas serta mara ke final dalam dua piala.

“Saya pasti dia boleh lakukan kerana dia adalah pemain luar biasa. Luis telah membuktikan dia adalah pemain terbaik di dunia dalam tempoh 12 bulan sebelum ini, jadi kami ingin dia ada dalam pasukan.

“Sebelum ini kami kehilangan dia, namun sekarang kami tidak sabar untuk mengalu-alukan aksinya,” jelas Gerrard kepada BBC Sport.

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia