Pantang Menyerah Sebelum Kalah: Selvaraj

KUALA LUMPUR: Meskipun dilabel 'pasukan lemah' serta mendapat ulasan negatif media, Pengarah Prestasi Tinggi Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk James Selvaraj menggesa anak buahnya agar tidak mengaku kalah sebelum turun ke gelanggang.

Beliau berkata skuad Piala Thomas negara yang dibarisi, antaranya perseorangan nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei, bekas juara All-England Muhammad Hafiz Hashim dan beregu nombor enam dunia Koo Kien Keat/Tan Boon Heong masih mempunyai peluang untuk layak ke pusingan akhir, jika mereka bersikap positif serta menerapkan semangat juang untuk negara.

Selvaraj turut mengimbau pengalamannya mewakili Malaysia pada edisi 1976 kejohanan itu bersama seorang lagi lagenda badminton negara Datuk Punch Gunalan.

Beliau berkata ketika itu, skuad negara digelar 'Punch Babies' oleh media berikutan semua anggotanya masih muda dan dilihat tidak berpeluang melepasi pusingan kelayakan.

"Namun kita akhirnya berjaya ke pusingan akhir, malah mara ke final bertemu Indonesia. Walaupun kita kalah, tapi pasukan kita telah melakukan yang di luar jangkaan," katanya kepada Bernama.

"Jadi, saya harap pasukan ini juga tidak akan mengalah dan berjuang hingga ke saat akhir untuk negara," nasihat beliau kepada semua pemain negara.

Skuad Malaysia turut diwakili perseorangan Liew Daren dan Mohd Arif Abdul Latiff serta beregu Goh V.Shem/Lim Khim Wah dan Hoon Thien How/Teo Kok Siang yang akan memulakan latihan pusat Isnin ini di Bukit Kiara, disusuli latihan di Sabah dari 6 hingga 10 Februari.

Selvaraj berkata misi utama beliau pada latihan pusat ialah menanamkan semangat berpasukan dan semangat juang untuk negara dalam diri setiap pemain.

"Jika dalam kejohanan sebelum ini mereka bermain untuk diri sendiri, sekarang kita mahu membasuh otak mereka yang mereka kini bermain untuk negara dan membawa harapan seluruh rakyat Malaysia," katanya.

Pusingan kelayakan di Macau pada 13 hingga 19 Feb merupakan ujian getir buat pasukan negara apabila mereka diramal berdepan empat pasukan terbaik berdasarkan ranking Persekutuan Badminton Dunia (BWF) iaitu China, Korea Selatan, Jepun dan Indonesia. (Malaysia berada di kedudukan kelima)

China yang telahpun layak secara merit ke pusingan akhir di Wuhan pada 20 hingga 27 Mei, turut mengambil bahagian dalam pusingan kelayakan tanpa jaguh utamanya, Lin Dan.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Artikel Lain