suria

Walcott Bawa Arsenal Ke Pusingan Kelima Piala FA

Walcott menjaringkan gol kemenangan untuk mara ke kelompok 16 pasukan terbaik Piala FA.
Walcott menjaringkan gol kemenangan untuk mara ke kelompok 16 pasukan terbaik Piala FA.
Walcott menjaringkan gol kemenangan untuk mara ke kelompok 16 pasukan terbaik Piala FA.

PENYERANG Arsenal, Robin van Persie menjadi tumpuan apabila menyempurnakan dua sepakan penalti sekaligus menyingkirkan Aston Villa 3-2 pada saingan pusingan keempat Piala FA di Stadium Emirates, Ahad malam.

Sebelum itu, skuad kendalian Arsene Wenger ini sedikit goyah apabila pasukan pelawat mendahului dua gol pada aksi separuh masa pertama melalui Richard Dunne (m-33) dan Darren Bent (m-45).

Namun gol kemenangan The Gunners hadir pada minit ke-57 melalui Theo Walcott sekali gus menyaksikan skuad ini mara ke kelompok 16 terbaik dan bakal bertemu Sunderland ataupun Middlesbrough.

Artikel Lain