suria

Sambutan Menggalakkan Pemilihan Pemain Akademi Bola Sepak Terengganu

KUALA TERENGGANU: Lebih 100 orang peserta menghadiri sesi pemilihan pemain bagi Akademi Bola Sepak Terengganu di daerah Kuala Terengganu Selatan pada Selasa.

Ketua jurulatih akademi tersebut Che Ku Marzuki Che Ku Omar berkata sesi pemilihan untuk daerah lain akan dijalankan selepas ini yang dijangka selesai sebelum akhir bulan ini.

Beliau berkata buat permulaan pemilihan pemain adalah bagi peringkat umur 15 hingga 17 tahun.

Che Ku Marzuki yang juga bekas jurulatih T-Team berkata keseluruhan hanya 30 pemain yang akan dipilih untuk menyertai akademi berkenaan yang berpusat di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Besar di sini bagi peringkat negeri dan sebuah akademi lain di setiap daerah.- BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain