suria

Liverpool Benam Newcastle 3-1

LIVERPOOL: Para peminat The Kop mengharapkan penyerang mereka yang bernilai lebih 35 juta Pound Sterling, Andy Carroll akan menjaringkan gol menentang bekas kelabnya Newcastle United tetapi sebaliknya Craig Bellamy yang mencuri perhatian dengan menjaringkan dua gol sementara kapten pasukan, Steven Gerrard melengkapkan kemenangan Liverpool dengan kemunculan keduanya selepas berehat panjang kerana kecederaan.

Yang lebih memeritkan Newcastle ialah Bellamy juga merupakan bekas pemain mereka dan jika tidak kerana palang gol menghalang jaringan Carroll sudah pastilah kekalahan mereka di tangan Liverpool menjadi lebih parah.

Namun begitu kehadiran Steven Gerrard pada baki 30 minit lagi perlawanan telah mengubah corak permainan Liverpool malah beliau tidak syak lagi melakukan transformasi sehingga menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-78.

Bagaimanapun Newcastle yang terlebih dahulu meraikan kegembiraan selepas pemain Liverpool, Daniel Agger menjaringkan gol pada minit ke-25.

Namun kegembiraan mereka tidak bertahan lama iaitu sekadar empat minit sahaja apabila Bellamy menjaringkan gol pada minit ke-29.

Bellamy kemudiannya menambahkan jaringan pada minit ke-67.

Pemain antarabangsa Wales itu kemudiannya terpaksa dikeluarkan apabila dia mengalami kecederaan pada muka akibat disiku oleh Fabricio Coloccini.

Dia meninggalkan padang dalam keadaan marah dan terpaksa menerima jahitan pada lukanya itu.

Berikut adalah statistik perlawanan: Liverpool: José Reina, Martin Skrtel, José Enrique, Glen Johnson, Daniel Agger, Charlie Adam (Steven Gerrard, 59), Jordan Henderson, Stewart Downing, Jay Spearing, Craig Bellamy (Dirk Kuyt, 74), Andy Carroll. Newcastle United: Tim Krul, Ryan Taylor (Davide Santon, 45), Michael Williamson, Fabricio Coloccini, Danny Simpson, Gabriel Obertan (Sammy Ameobi, 85), Haris Vuckic (Hatem Ben Arfa, 65), Cheik Tioté, Yohan Cabaye, Jonás Gutiérrez, Demba Ba.

Pengadil: Lee Probert.

Stadium: Anfield, Liverpool.

Jumlah Penonton: 44,372.

Artikel Berikut

Artikel Lain