Terengganu Mungkin Adakan Perlawanan Liga Malaysia Pada Waktu Siang - Sukan | mStar

Terengganu Mungkin Adakan Perlawanan Liga Malaysia Pada Waktu Siang

KUALA TERENGGANU: Pasukan bola sepak Terengganu mungkin akan mengadakan perlawanan pada waktu petang pada Liga Malaysia 2012 berikutan pencahayaan lampu limpah di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah tidak mencapai tahap yang dikehendaki.

Pengarah Pertandingan Liga Malaysia yang juga Penolong Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Ahmad Fuad Daud berkata untuk perlawanan pada waktu malam, stadium itu memerlukan pencahayaan lampu limpah sekurang-kurangnya 1,200 lux.

"Kita dapati beberapa tempat pencahayaan lampu limpah di stadium itu di bawah 800 lux," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pemeriksaan di stadium itu malam tadi.

Turut hadir wakil Majlis Bandar Raya Kuala Terengganu (MBKT), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pegawai Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT).

Ahmad Fuad berkata FAM memberi tempoh sehingga 21 Dis ini kepada Terengganu untuk meningkatkan kecahayaan lampu limpah jika ingin mengadakan perlawanan pada waktu malam.

Beliau berkata buat masa ini stadium-stadium yang boleh diguna untuk pertandingan bola sepak pada waktu malam ialah Stadium Bukit Jalil, Stadium Darul Aman, Kedah, Stadium Utama Kangar, Perlis dan Stadium Olahraga Universiti Sains Malaysia (USM).

Dua lagi stadium yang sedang diperbaiki dan boleh digunakan untuk pertandingan waktu malam ialah Stadium Shah Alam dan Stadium Kuala Lumpur yang dijangka siap Mac 2012, katanya.

"Di stadium-stadium yang lain, perlawanan akan diadakan pada waktu siang," katanya.

Ahmad Fuad berkata pertandingan waktu siang bagi Liga Malaysia akan bermula pukul 4.45 petang manakala pertandingan peringkat kalah mati pukul 4.15 petang.

Sementara itu, jurucakap MBKT berkata untuk meningkatkan tahap kecahayaan lampu limpah di stadium itu seperti yang dikehendaki FAM memerlukan peruntukan hampir RM3 juta.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Terengganu Temui Dua Pemain Import Terbaik

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

Artikel Lain

Meghan Markle hamil anak ke-2?