suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

200 Pemain Sertai Kejohanan Tenis Remaja Di Langkawi

LANGKAWI: Seramai 200 pemain dari 10 negara akan menyertai Kejohanan Tenis Remaja Antarabangsa Geopark 2011, di Kompleks Sukan Langkawi di sini selama lima hari bermula Jumaat ini.

Penyelaras kejohanan yang juga Ketua Penolong Pengurus Pelancongan Lembaga Pembagunan Langkawi (Lada) Azmil Munif Bukhari berkata antara negara itu ialah Korea, Kazakhstan, Singapura, Thailand dan Malaysia.

Katanya seramai 80 pemain luar negara manakala selebihnya dari Malaysia akan memeriahkan kejohanan itu.

Kejohanan itu dianjurkan Persatuan Tenis Langkawi dengan kerjasama Persatuan Lawn Tenis Kedah dan Lada.-BERNAMA

Artikel Lain