suria

Nicol Rangkul Kejuaraan Dunia Keenam

KUALA LUMPUR: Ratu skuasy negara dan pemain nombor satu dunia, Datuk Nicol Ann David merangkul kejuaraan keenam pada Kejohanan Skuasy Terbuka Dunia selepas menewaskan musuh tradisi Jenny Duncalf dari England pada Ahad.

Menurut laman web rasmi pertandingan itu, www.worldopensquash2011.com, Nicol, 28, mempamerkan aksi hebat ketika menewaskan pilihan kedua, Duncalf, pada perlawanan yang memakan masa kurang setengah jam.

Pada perlawanan akhir di Luxor Theatre, Rotterdam, Belanda pada 2 petang waktu tempatan (9 malam waktu Malaysia), Nicol menang dengan 11-2, 11-5 dan 11-0.

Dengan kemenangan terbaru itu, Nicol telah mengatasi rekod lima kejuaraan dunia yang dicapai pemain Australia Sarah Fitz-Gerald. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain