suria

Melaka Sedia Kemudahan Terbaik Kejohanan Karate Remaja Dan Kadet Dunia

MELAKA: Melaka sudah bersedia menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Karate Remaja dan Kadet Dunia ketujuh 2011 yang akan bermula Khamis ini selama empat hari di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di Ayer Keroh di sini.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata Melaka menyediakan kemudahan terbaik bertaraf antarabangsa yang mampu memberi keselesaan kepada peserta sepanjang kejohanan itu berlangsung.

"Pemilihan Melaka sebagai tuan rumah merupakan penghargaan terbesar bagi negeri ini di samping dapat memperkenalkan Melaka di mata dunia," kata Mohd Ali, yang juga Presiden Persatuan Karate Malaysia (MAKAF).

Sementara itu, Presiden Persekutuan Karate Dunia (WKF) Antonio Espinos berkata beliau berpuas hati dengan persiapan Melaka sebagai tuan rumah kejohanan itu.

Beliau berkata kejohanan tahun ini menarik jumlah penyertaan paling ramai peserta dengan jumlah 1,145 orang dari seluruh dunia yang terdiri 667 peserta lelaki dan 478 peserta wanita.

Sebanyak 75 buah negara mengesahkan penyertaan pada kejohanan yang akan dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak pada Khamis ini.

Malaysia pernah menjadi tuan rumah kejohanan karate senior Dunia yang diadakan di Sabah pada 1994.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Kelayakan Euro 2012

Artikel Lain