Sukan SEA: Pandalela Mungkin Tidak Akan Pertahan Pingat Emas - Sukan | mStar

Sukan SEA: Pandalela Mungkin Tidak Akan Pertahan Pingat Emas

KUALA LUMPUR: Penerjun kebangsaan, Pandalela Rinong mungkin tidak akan mempertahankan dua pingat emas yang dimenanginya pada Sukan SEA Laos pada 2007, di temasya di Indonesia, November ini.

Pandelela berkata jurulatih terjun kebangsaan dari China, Yang Zhu Liang mahu beliau memberi tumpuan sepenuhnya kepada persediaan menghadapi temasya Sukan Olimpik di London tahun depan.

Pada temasya di Laos, dia meraiah dua pingat emas menerusi acara 10M platform individu dan serentak bersama seorang lagi penerjun kebangsaan, Leong Mun Yee.

"Saya juga tidak pasti sama ada saya akan terus kekal dalam kedua-dua acara tersebut kerana jurulatih mungkin akan melakukan perubahan pada saat-saat akhir," katanya kepada Bernama, di sini Isnin.

Pandalela yang telah melayakkan diri ke Sukan SEA Indonesia berkata Zhu Liang juga meminta beliau untuk menukar darjah kesukaran yang lebih tinggi untuk acara terjun.

"Mungkin saya akan diserapkan ke dalam acara lain, tetapi itu terpulang kepada keputusan jurulatih," katanya.

Gadis berusia 18 tahun itu yang sudah melayakkan diri ke temasya Sukan Olimpik London tahun depan berkata Zhu Liang dijangka melakukan satu ujian akhir bagi memastikan atlet yang dihantar pada Sukan SEA nanti mampu menghadiahkan pingat buat negara.

"Jurulatih akan membuat penilaian akhir sebelum memilih mereka yang benar-benar layak," katanya.

Beliau yang kini giat menjalani latihan di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil di sini turut bertekad mahu memperbaiki kedudukan yang diperolehinya pada Sukan Olimpik.

"Kalau boleh, saya mahu mengubah kedudukan yang lebih baik," katanya sambil tidak meletakkan sasaran untuk memenangi sebarang pingat pada Olimpik London.

Pada penampilan kali pertama pada Sukan Olimpik 2008 di Beijing, Pandalela hanya mampu menduduki tangga ke-27 daripada 29 peserta. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Safee Sali Akhiri Latihan Di Cardiff City

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain

Senarai 11 ahli PKR umum keluar parti

Azmin, Zuraida dipecat daripada PKR

Bersatu umum keluar Pakatan Harapan