suria

Tiga pemain T'Team Terima Pampasan Perkeso

KUALA TERENGGANU: Tiga pemain pasukan bola sepak T-Team yang cedera ketika menjalani sesi latihan dan semasa beraksi menentang pasukan lawan menerima pampasan daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Rabu.

Mereka ialah pemain penyerang Nor Farhan Muhammad, pemain pertahanan Sobri Sulong dan penjaga gol Syamsuri Mustafa yang masing-masing menerima cek untuk ketegori hilang upaya sementara (HUS), dalam satu majlis yang diadakan di Majlis Sukan Negeri Terengganu di sini.

Timbalan Pengarah Perkeso Terengganu, Norihan Ibrahim berkata jumlah pampasan yang diberikan adalah berdasarkan tempoh cuti sakit yang mereka perolehi.

"Bagi Nor Farhan selama 12 hari, Sobri selama 30 hari manakala Syamsuri selama 94 hari. Nor Farhan menerima RM994, Sobri RM2,360 dan Syamsuri sebanyak RM7,394," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan cek tersebut.

Beliau juga berkata semenjak Januari hingga Ogos lalu, Perkeso menerima 431 kes tuntutan bagi Skim Bencana Pekerjaan HUS dan telah membuat bayaran sebanyak RM451,091.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Bahrain Tewaskan Indonesia 2-0

Artikel Lain