suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bahrain Tewaskan Indonesia 2-0

JAKARTA: Bahrain meranapkan impian Indonesia untuk menang di gelanggang sendiri pada kelayakan Piala Dunia 2014 apabila menewaskan pasukan tuan rumah 2-0 dalam perlawanan di Stadium Utama Glora Bung Karno, Senayan malam Selasa.

Gol Bahrain dijaringkan Sayed Dhiya Saeed Ehrahim (minit 48) dan Ismaeel Abdullatif Ismaeel (minit 71).

Ini merupakan kekalahan kedua Indonesia selepas tewas di tangan Iran pada 2 Sept lalu. Kekalahan itu mengekalkan Indonesia di kedudukan keempat dalam Kumpulan E tanpa sebarang mata.

Bahrain kini berada di kedudukan pertama kumpulan itu dengan empat mata daripada dua perlawanan, diikuti Iran (tiga mata) dan Qatar (satu mata), kedua-duanya daripada satu perlawanan.

Perlawanan ini turut dicemari insiden pembakaran mercun oleh penyokong pasukan Garuda, memaksa pengadil Lee Min Hu dari Korea Selatan menghentikan permainan pada minit ke-75 kerana kejadian itu mengganggu tumpuan pemain.

Permainan bagaimanapun diteruskan 15 minit kemudian setelah penonton kembali terkawal.-BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain