suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hanya KOAM Belum Hantar Senarai Atlet Ke Indonesia

KUALA LUMPUR: Hanya Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) yang masih belum menghantar senarai penuh atlet untuk ke temasya Sukan SEA di Indonesia Nov ini, kata Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Sieh Kok Chi.

Persatuan sukan lain rata-ratanya telah menghantar senarai penuh atlet masing-masing, katanya.

Sieh berkata KOAM telah menghantar surat kepada MOM merayu akan menghantar senarai penuh atlet mereka selewat-lewatnya 25 September ini.

"KOAM setakat ini hanya menghantar senarai 15 nama dahulu kepada MOM dan mereka dijangka menambahkan lima lagi nama selewat-lewatnya hujung bulan ini," katanya.

Sieh bercakap kepada Bernama selepas majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada ketua kontinjen negara ke temasya Sukan Belia Komanwel Rosmanizam Abdullah di Wisma OCM, di sini hari ini. Sukan itu berlangsung dari 8 hingga 12 September.

Sieh berkata senarai nama tersebut masih belum muktamad dan pihak MOM akan membuat saringan selepas tarikh tutup itu pada 30 Sept ini.-BERNAMA

Artikel Berikut

Debaran Pelumba ARRC Di Autopolis

Artikel Lain