suria

Farah Cipta Sejarah Sendiri

MO Farah mencatat sejarah tersendiri menjadi atlet pertama England meraih pingat emas dalam acara 5000 meter akhir pada Kejohanan Olahraga Dunia di Daegu, sekali gus menjadi harapan pada Sukan Olimpik 2012.

Farah yang turut meraih pingat perak dalam acara 10,000 meter kelihatan sedikit terganggu pada permulaan larian selepas mengambil minuman di meja sebelah trek dan turut menggosok kepalanya dengan bekas minuman itu ketika melakukan larian.

Namun atlet kelahiran Somalia ini bangkit selepas separuh larian dan melakukan pecutan 600 meter terakhir meninggalkan pelari Amerika Syarikat, Bernard Lagat dan atlet Euthopia, Imane Merga.

Bagaimana pun larian Merga dibatalkan kerana memasuki kawasan kawalan dan seterusnya menyaksikan rakan senegaranya, Dejen Gebremeskel menggantikan tempatnya untuk meraih pingat gangsa.

“Saya sangat bangga dan tidak percaya dengan kejayaan ini. Ia satu perasaan yang sukar digambarkan,” katanya yang berpindah ke London sejak umur lapan tahun.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain