suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Beregu Gan-Tan, BAM Sambung Perbincangan Selasa Depan

KUALA LUMPUR: Pertemuan beregu badminton negara Gan Teik Shai-Tan Bin Shen dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang diatur oleh Majlis Olimpik Malaysia gagal membuahkan sebarang hasil.

Sehubungan itu, Naib Presiden merangkap Pengerusi Jawatankuasa Undang-Undang dan Timbang Tara MOM Datuk Roy Rajasingham berkata pertemuan kedua akan diadakan Selasa depan.

Beliau berkata perbincangan menerusi perantara, peguam Seamus Tan dan Wong Lu Peen, itu perlu dilanjutkan berikutan terdapat beberapa isu yang gagal mencapai kata sepakat.

"Kedua-dua belah pihak meminta supaya diberi lebih masa untuk memikirkan tentang isu-isu tersebut, dan masing-masing telah bersetuju supaya perbincangan kedua diadakan pada 13 September," katanya kepada pemberita selepas menghadiri pertemuan itu di pejabat MOM, Isnin.

Rajasingham berkata beliau yakin perbincangan itu akan menghasilkan keputusan yang positif memandangkan kedua-dua pihak bersetuju meneruskannya.

Pertemuan itu berlangsung hampir empat jam dan BAM diwakili Setiausaha Kehormat Ng Chin Chai serta Pengurus Besar Kenny Goh.

Gan dan Tan menuntut BAM supaya memberi peluang kepada mereka untuk beraksi dalam pusingan kelayakan ke Sukan Olimpik London tahun depan.

Sebelum ini, beregu di bawah naungan Kelab Raket Kuala Lumpur itu turut kecewa apabila dinafikan peluang bertanding pada Kejohanan Dunia di London bulan lepas.-BERNAMA

Artikel Berikut

Debaran Pelumba ARRC Di Autopolis

Artikel Lain