suria

McLeish Letak Jawatan Sebagai Pengurus Birmingham

ALEX McLeish (gambar) telah meletak jawatan sebagai pengurus Birmingham City dan bakal beralih arah ke pasukan Aston Villa.

“Kelab Birmingham City ada menerima surat perletakan jawatan McLeish sebagai pengurus.

"Pengerusi kelab, Peter Pannu juga menerima email ketika dalam perjalananan ke Amsterdam atas urusan perniagaan. Tidak ada kenyataan yang boleh dikeluarkan ketika ini dan segala keputusan akan diberitahu kelak,” jelas satu kenyataan kelab, Ahad.

McLeish telah membuat keputusan untuk ke Villa Park selepas Gerard Houllier meninggalkan kelab itu kerana masalah kesihatan baru-baru ini.

Artikel Lain