suria

Peteh Janji RM1,000 Kepada Setiap Pemain Jika Terengganu Menang Piala FA

KUALA TERENGGANU: Kelab Penyokong Bolasepak Terengganu (Peteh) berjanji akan memberi imbuhan RM1,000 kepada setiap pemain sekiranya pasukan negeri itu berjaya menjadi juara Piala FA musim ini.

Setiausahanya Wan Mohd Azmi Wan Ngah berkata selain itu, mereka akan mengadakan jamuan besar-besaran sekiranya Terengganu mengalahkan Kelantan pada perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil malam Sabtu.

Bercakap kepada Bernama di sini hari ini, katanya langkah Kelab Peteh menjanjikan wang tunai RM1,000 kepada setiap pemain adalah sebagai suntikan semangat kepada pemain berjuang berhabis-habisan pada perlawanan akhir itu.

Katanya Kelab Peteh telah menempah tujuh buah bas untuk membawa penyokong dan ahli kelab ke Stadium Nasional Bukit Jalil di Kuala Lumpur untuk memberi sokongan kepada pasukan mereka. - BERNAMA

Artikel Lain