suria

KAFA Mula Jual 15,000 Tiket Piala FA Untuk Penyokong Kelantan, Isnin

KOTA BAHARU: Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) akan menjual tiket untuk perlawanan akhir Piala FA antara Terengganu dan Kelantan mulai Isnin di Stadium Sultan Muhammad ke-IV di sini.

Presidennya Tan Sri Annuar Musa berkata sebanyak 15,000 tiket akan dijual kepada penyokong Kelantan mulai 9 pagi.

"Tiket ini adalah sebahagian daripada 30,000 yang diperuntukkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kepada penyokong Kelantan," katanya kepada Bernama, di sini Ahad.

Beliau berkata pihaknya masih berusaha mendapatkan baki 15,000 tiket yang dijanjikan FAM.

Sehubungan itu Kafa berharap peminat 'The Red Warriors' tidak menimbulkan kekecohan jika gagal mendapatkan tiket esok, katanya.

Perlawanan akhir Piala FA akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 11 Jun ini. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain