suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kejohanan Boling Padang Di Langkawi

LANGKAWI: Kejohanan Boling Padang Single and Pairs Sirkit ke-10 kebangsaan di Langkawi mulai 19 hingga 24 September ini akan dijadikan medan pemilihan skuad Malaysia untuk menghadapi piala Dunia 2012.

Setiausaha Persatuan Lawn Bowls Kedah, Datuk Shukri Ahmad berkata seramai 10 pemain lelaki dan wanita akan disenaraikan dalam skuad itu bagi menjalani latihan pusat.

"Kejohanan sirkit ke-10 merupakan siri terakhir yang dianjur Persatuan Lawn Bowl Malaysia yang dijangka disertai pemain terbaik Malaysia," katanya di sini Rabu.

Selain itu Shukri berkata Kejohanan Boling Padang Single and Pairs bawah 25 tahun akan berlangsung di Alor Setar mulai 14 hingga 17 Julai ini.

Katanya johan kejohanan itu akan mewakili Malaysia pada Kejohanan peringkat Asia di India pada September ini.

"Kejohanan boling padang antarabangsa Langkawi piala Mahsuri akan berlangsung di Kompleks Sukan Langkawi di sini pada 27 hingga 30 Oktober ini," katanya.

Katanya kejohanan itu akan mengundang pemain-pemain dari negara-negara Asean untuk mengambil bahagian di samping pemain tempatan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain